Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nam eu hendrerit nunc. Proin tempus pulvinar augue, quis ultrices urna consectetur non.

BIARKU LINDUNG MENDUNGMU
Tatkala Tuhan memerdekakan seseorang hamba kerakusan dunia, maka dia berlari keluar daripada penjara ‘Syaitan’ yang bersalut duka demi menjadi pengganti sang ayah yang mati kerana agama.
“Kenapa kalimah Allah ada di pergelangan tangan aku?”
“Mengapa muncul lelaki bercahaya dalam mimpiku? Siapa dia?”
Aisyah Hijanah, wanita berjiwa lemah, kudratnya keletihan dek sering jatuh tersungkur. Rambutnya ditarik bertubi-tubi, kepalanya ditebuk sehingga dibuang kemanisan dunia, lalu diisi dengan kesengsaraan. Ujian Tuhan menembusi benteng hatinya, lalu memecahkan keprecayaannya kepada manusia bernama ‘lelaki’.
Berjayakah suaminya menjawab 2 soalan yang memecah ‘zon keselesaan’ kaum lelaki?
Tembakan tajam, menerobos jauh ke dalam tubuh ayahnya, menjadi kesan dakwah yang melahirkan darah mujahid dalam jiwanya, Tusukan mendalam hingga terputusnya urat suara sang ummi, menjadi kesan yang membangunkan semangatnya demi menjadi wanita hebat, menggantikan ayah dan ummi. Apakah yang terjadi di saat dia ingin mengubah hidupnya, menjadi ibu dan ayah untuk diri sendiri sehingga berjaya menjadi wanita yang berinspirasi?
Apakah soalan yang diberikan kepada suaminya jika ingin menghalalkan dirinya? Bagaimana dia mengatur hubungan cintanya bersama suami agar kekal dalam landasan iman? Siapakah ‘aku’ yang melindung mendungnya?

Syahdu kota persisir pantai itu, terusik lantas melayangkan aku ke sebuah dimensi dunia yang tidak bertepi. Raungan dan ratapan Humaira, wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk terjun dari bangunan nan tinggi. Mengapa itu jalan kesudahanmu?
Bayi kudung, tidak punyai kaki dan tangan mengejar aku sejak dari itu. Aku berlari ke sebuah lembah, cukup asing, gurun oasis fatamorgananya berbeza dari segalanya.
Langit menjerit, suara bagai memendam perit, kabus hitam pekat, tanah merekah, pasir berterbangan dibawa angin gersang yang dahagakan seksaan. Wanita tidak berwajah, rambut merebah ke tanah berjalan ikut aku dari belakang, kakiku terasa berat. Di sana aku terlihat, ada manusia di puncak bukit kering, aku tidak terduga untuk mendakinya.
Hanya kedengaran suara pekikan, lolongan bagai dimakan haiwan kelaparan. Aku berlari, bagai tidak memiliki kaki. Masa melintas aku kedepan.
Cahaya memantulkan aku kebelakang. Sungguh aku tidak faham dimensi dunia yang berlainan. “Fayyadh, takutkah kamu?” badanku luruh bergetar ketakutan, ia terbenam dalam-dalam. Suara itu memanggilku. Aku seperti dihalau menuju ke sebuah perjalanan. Aku dihimpit, dipijak, kesakitan, semua wajah tunduk suram. Mereka langsung tidak berbicara.
Apakah sebenarnya dimensi alam yang dilalui Fayyadh? Suara siapakah yang didengarinya?
Apakah kaitan Fayyadh, Humaira dan wanita tidak berwajah dengan travelog ini?
Dan kenapakah bayi kudung itu sentiasa ada dalam mimpi-mimpinya? Bagaimanakah Fayyadh menamatkan destinasi terakhirnya?
Prediksi penulis mengenai BARZAKH
Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?
Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan?
Bacalah, dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..